wapnews.mobi
| Ads:
|
Source: MyMetro
ACER Sales & Services Sdn Bhd (Acer), pembekal komputer peribadi di Malaysia, mensasarkan jualan hingga 6,000 unit rangkaian telefon pintar terbaru dalam tempoh setahun di pasarkan.
Pengurus Besarnya, Ricky Tan berkata, jumlah itu dijangka dapat dicapai berikutan penggunaan telefon pintar semakin meningkat dengan peningkatan hampir 36.8 peratus dalam pasaran telefon pintar yang dicatatkan pada suku pertama 2010.
Menurutnya, rangkaian telefon pintar yang baru dipasarkan itu melengkapkan senarai produk keluaran Acer selain notebook, netbook dan komputer peribadi.
“Melalui produk ini, kami dapat memberi pengalaman berbeza kepada pengguna terutama yang sejak mula mengikuti perkembangan Acer,” katanya.
Beliau berkata, rangkaian telefon pintar di bawah jenama Acer terdiri empat model iaitu Liquid E S100, beTouch E400, beTouch E120 dan edisi khas Liquid E Ferrari.
“Model beTouch E400 dan Liquid E S100 akan berada di pasaran minggu ini manakala beTouch E120 dan Liquid E Ferrari akan berada di pasaran menjelang Ogos ini,” katanya.
Katanya, telefon pintar Acer berbeza dengan jenama lain di pasaran kerana menawarkan akses maklumat ringkas dan dokumen melalui Internet hingga penghasilan kandungan kompleks.
“Ia selaras dengan strategi global kami untuk memberi fokus kepada peranti mudah alih yang memudahkan pengguna dan pada masa sama menjadi antara telefon pintar yang menawarkan harga berpatutan,” katanya.
<< Back
Feel free to report if the page is broken or not formatted properly. --> CLICK <--
Please send your feedback/suggestions to Wap Form or WapNews.mobi@gmail.com Thanks!!!
@2010 WapNews