wapnews.mobi

MyMetro
Ads:

Source: MyMetro

CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (Canon) akan memperkenalkan Wedoo Photobook untuk pengusaha kedai gambar yang memiliki makmal mini dalam usaha memberi peluang perniagaan kepada mereka.

Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Bahagian Rumusan Perniagaan Imej Canon, Richard Yeow, berkata pada masa kini, kebanyakan pengguna memiliki kamera digital dan memilih menyimpan gambar dalam cakera padat atau komputer.


“Tidak ramai yang memilih untuk mencuci gambar di makmal yang satu ketika dulu menjadi lokasi pilihan untuk melihat hasil gambar yang diambil.


“Dengan Wedoo Photobook, pengguna kini bukan saja dapat melihat hasil gambar lebih kreatif, malah boleh menjadikannya sebagai cenderahati,” katanya.


Wedoo Photobook adalah perisian mudah untuk memuat turun perisian percuma, mengalihkan gambar untuk rekaan secara automatik atau manual dan menghantar pesanan untuk dicetak. Menurutnya, Canon turut menawarkan pakej kepada pengusaha kedai gambar dikenali sebagai Canon Digital Print Centre untuk usahawan mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.


“Dengan tawaran pakej ini, corak perniagaan sedia ada boleh ditingkatkan sejajar dengan jenama Canon,” katanya.


Dengan pakej itu, pengusaha akan mendapat Wedoo Software, stesen kerja Dell yang akan ditempatkan di premis, perisian imagePRESS C1+, unit lengkap untuk percetakan dan ciri-ciri lengkap untuk penghasilan warna.

<< Back

Feel free to report if the page is broken or not formatted properly. --> CLICK <--

Please send your feedback/suggestions to Wap Form or WapNews.mobi@gmail.com Thanks!!!

@2010 WapNews

^top