wapnews.mobi
| Ads:
|
Source: MyMetro
DALAM usaha menarik pelabur dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri, kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungannya akan menganjurkan Pameran dan Persidangan Prasarana Sarawak 2011.
Pameran dan persidangan antarabangsa yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching pada awal April tahun depan itu menyediakan landasan kepada pelabur untuk melihat potensi besar yang ada dalam pembangunan prasarana, sektor pembinaan, tenaga, pelabuhan, lapangan terbang, perumahan, air, sanitasi, komunikasi dan kewangan di negeri itu. Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, pameran itu adalah acara antarabangsa membabitkan pakar industri antarabangsa dan serantau, agensi kerajaan, perbankan serta institusi kewangan.
“Ia dijangka mewujudkan peluang dan mengembalikan semangat keusahawanan bagi menarik pelabur tempatan dan asing.
“Pameran tiga hari itu dijangka disertai peserta dari Asia lain termasuk Filipina, Kemboja dan Indonesia,” katanya selepas prapelancaran Pameran dan Persidangan Infrastruktur Asia 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, pameran itu boleh dijadikan landasan utama untuk menjalin kerjasama dengan negara luar dalam pembangunan infrastruktur di negara ini.
<< Back
Feel free to report if the page is broken or not formatted properly. --> CLICK <--
Please send your feedback/suggestions to Wap Form or WapNews.mobi@gmail.com Thanks!!!
@2010 WapNews